Faizal Azumu tak sedih tak dilantik TPM, berbesar hati kalau dipilih menteri Kabinet

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tegas menyatakan beliau sama sekali tidak sedih jika tidak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Will i be sad? (Adakah saya akan bersedih?) Semua sedia maklum walaupun saya pernah jadi Menteri Besar Perak dan sekarang tidak lagi pegang jawatan itu, saya percaya semua orang boleh nampak yang saya tidak bersedih.

“Malahan saya tambah semangat untuk memberi khidmat kepada rakyat dalam jua kapasiti, kini saya ada dua tanggungjawab iaitu Ahli Parlimen Tambun dan Adun Chenderiang.

” Dua amanah ini pun sudah cukup besar dan banyak, kadang-kadang tak cukup masa nak bagi perkhidmatan terbaik, jadi saya fikir untuk menjawab soalan itu, saya tak rasa saya akan sedih,” katanya di Perak pada Rabu.

Sebaliknya beliau yang juga Timbalan Presiden Bersatu bagaimanapun berkata, akan berbesar hati sekiranya diberi amanah untuk menggalas mana-mana portfolio dalam Kabinet baru Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ahmad Faizal juga menegaskan bahawa beliau akan menyokong kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri dan Kabinet yang dibentuknya.

Bagaimanapun, beliau berbesar hati jika diberi jawatan menteri Kabinet untuk berbakti kepada rakyat.

“Saya tahu ini akan menjadi tanggungjawab besar. Saya akan berkhidmat kepada rakyat sedaya upaya saya dan berjanji akan memberikan yang terbaik, ” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat