Covid-19: Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Dimasukkan Ke ICU

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai, 91, sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Gleneagles sejak semalam akibat jangkitan Covid-19.

Beliau dimasukkan ke hospital swasta itu sejak Rabu lalu selepas disahkan positif Covid-19. Bagaimanapun, keadaan kesihatannya semakin menurun dan pihak hospital memutuskan untuk memasukkan beliau ke ICU.

Bekas Ketua Menteri kelapan ini menunjukkan gejala seperti batuk berpanjangan sejak minggu lalu sebelum disahkan positif Covid-19.

Perkara itu disahkan oleh anak ketiganya, Datuk Seri Nasir Sakaran menerusi satu kenyataan dalam sebuah video yang dikongsikan kepada media hari ini.

Nasir memaklumkan semasa dimasukkan ke hospital pada Rabu lalu, keadaan ayahnya masih stabil namun, sejak semalam tahap kesihatannya semakin menurun dan doktor menasihatkan ayahnya ditempatkan di ICU untuk pengawasan yang baik dan rapi.

“Sebelum ini, ayahanda saya ada mengadu kurang sihat termasuk mengalami batuk yang berpanjangan. Jadi, kami membawa beliau untuk mendapatkan rawatan. Kemudian, beliau disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan.

“Beliau dimasukkan ke hospital pada hari sama kerana kami bimbang dengan kesihatannya kerana usia beliau sudah memasuki 91 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nasir, sejak ayahnya berada di hospital, mereka sekeluarga sentiasa berhubung dengan ayahnya melalui panggilan video untuk bertanya perkembangan kesihatan ayahnya.

“Alhamdulillah sebentar tadi saya baharu membuat panggilan video dan ayah memaklumkan beliau dalam keadaan baik,” katanya.

Nasir turut meminta semua pihak sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan ayahnya.

Sakaran juga merupakan bapa saudara kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat