PRN Sabah: Calon BN Guna Lambang Dacing

Gabungan Parti Peroleh Kerusi Terbanyak Adalah Sah – Rahman Dahlan

KOTA KINABALU- Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa gabungan parti yang memenangi lebih dari 50 peratus kerusi layak membentuk kerajaan...

#PRNSabah : TYT Dijangka Umum Bakal Ketua Menteri Esok

Kota Kinabalu - Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di katakan bakal mengumumkan perlantikan Ketua Menteri yang baharu esok. Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha UMNO,...

GRS Menang PRN Sabah Petanda Baik Jika Mahu Bubar Parlimen – PAS

CYBERJAYA - PAS melihat kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada BN, PN dan PBS dalam PRN Sabah semalam sebagai petanda baik jika kerajaan...

Drama Pemilihan Ketua Menteri Sabah Belum Tamat

KOTA KINABALU - Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun,...

Mahathir Kecewa Warisan Kalah, Tetap Namakan Shafie Apdal Calon PM

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa dengan kekalahan Warisan dan sekutunya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam. Dr...

Putrajaya – Calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan menggunakan lambang parti iaitu dacing kerana pengundi sudah biasa dengannya, kata Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa.

Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Ketua Koordinator BN bagi PRN Sabah berkata, tinjauan yang dibuat mendapati pengundi sudah biasa dengan lambang dacing dan perkara itu tidak boleh dipandang remeh.

Menurutnya, biro politik dan Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat sudah memaklumkan kepada parti-parti rakan komponen Perikatan Nasional (PN) bahawa calon BN akan menggunakan lambang dacing.

“Walaupun bertanding atas logo BN, parti-parti lain yang nak guna (lambang) PN, tidak ada masalah,” katanya di sini.

Beliau berkata, rundingan juga telah dicapai dengan komponen PN untuk tidak akan ada perebutan kerusi untuk ditandingi.

“Soal siapa bertanding dan di mana, Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dah diberi mandat dan beliau juga sedang muktamadkan (senarai calon).

“Kita sudah 80 peratus bersedia (dan) rundingan antara parti-parti juga berjalan dengan baik di mana kita telah ada satu persefahaman yang mana kita tidak akan benarkan situasi free for all dalam kalangan parti-parti pembangkang, tetapi pembangkang yang bersatu-padu,” katanya.

Annuar berkata, BN juga bekerjasama rapat dengan rakan daripada PN bagi memastikan kemenangan calon walaupun berlainan logo.

“Kami bekerjasama rapat dengan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). Malah kami akan berkongsi jentera (pilihan raya), kami adalah satu walaupun guna logo yang berbeza,” katanya.

PRN Sabah ditetapkan pada 26 September manakala penamaan calon pada 12 September dan pengundian awal pada 22 September dengan sejumlah 1.12 juta pemilih berdaftar layak mengundi. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan