MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi kolaborasi strategik Program MADANI Kita

PERMATANG PAUH – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat menerusi kolaborasi strategik bersama Penang Halal International (PHI) melalui penganjuran Program MADANI Kita (PMK) bersempena Penang International Halal Expo 2026 (PIHEX 2026).

Program yang berlangsung di Politeknik Seberang Perai dari 24 hingga 26 Julai itu merupakan julung kali PMK diadakan bersama PIHEX dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri, PMK mengetengahkan pendekatan whole-of-government dengan menghimpunkan pelbagai kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan di bawah satu bumbung bagi memudahkan rakyat mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan secara lebih bersepadu, cekap dan mesra pengguna.

Penganjuran serentak PMK dan PIHEX 2026 bukan sahaja memperluaskan akses kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan, malah membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat dan usahawan mendapatkan maklumat, khidmat nasihat serta manfaat daripada pelbagai inisiatif yang ditawarkan oleh agensi kerajaan dan rakan strategik.

Sepanjang tiga hari program berlangsung, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai perkhidmatan termasuk pemeriksaan kesihatan, Jualan Rahmah, Jualan Agro MADANI, reruai agensi kerajaan, khidmat komuniti, Pertandingan NADI E-Sukan MADANI Legend serta kemudahan Wi-Fi percuma menerusi NADI On Wheels (NOW).

MCMC dalam kenyataannya berkata, kolaborasi itu mencerminkan komitmen berterusan suruhanjaya tersebut dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui kerjasama strategik dengan pelbagai pihak.

Menurut MCMC, inisiatif berkenaan turut menyokong pembangunan ekonomi setempat, memperluaskan keterangkuman digital serta memastikan manfaat agenda Malaysia MADANI dapat dinikmati oleh lebih ramai rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat