Enggan kembali ke era demokrasi ditindas, semua pengangkutan awam, kereta api operasi tanpa gangguan

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengarahkan agar semua pengangkutan awam termasuk stesen-stesen keretapi KTMB and Prasarana untuk terus beroperasi seperti biasa pada 26 Julai 2025.

Tegas beliau, Kerajaan Madani mempertahankan hak kebebasan berhimpun, termasuk mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

“Kita tidak boleh kembali kepada zaman yang menindas demokrasi sehingga Parlimen pun ditutup.

“Apa yang lebih penting, pengangkutan awam kita harus terus berfungsi agar majoriti rakyat boleh menjalankan urusan hujung minggu tanpa diganggu oleh perhimpunan pembangkang,” jelas beliau.

Anthony Loke turut menitipkan pesan, katanya bagi mereka yang akan datang ke ibu kota, jangan lupa Pas MY50 kini boleh diperbaharui secara atas talian melalui aplikasi Touch N’ Go. Setiap pas bernilai RM150, pengguna hanya bayar RM50, kerajaan subsidikan RM100.

“Bagi yang datang ke ibu kota buat pertama kali, boleh menikmati perkhidmatan LRT, MRT, BRT, Monorel dan RapidBas tanpa had untuk sehari menggunakan MyCity Pass yang harganya hanya RM6. Pass ini akan kita digitalkan juga pada hujung tahun.

“Saya menggalakkan para peserta perhimpunan esok untuk menggunakan pengangkutan awam supaya kesesakan lalu lintas di ibu kota dapat diminimakan,” saran beliau.

Kenyataan Menteri Pengangkutan itu memadamkan spekulasi tersebar notis mendakwa dua stesen komuter di Kuala Lumpur ditutup esok, ketika pembangkang merancangkan demonstrasi besar bagi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menjawab soalan pengguna, Facebook KTM Berhad menjawab tiada pemakluman rasmi daripada pihak pengurusan setakat ini.

Polis menganggarkan kehadiran boleh mencecah sehingga 20,000 orang sementara pembangkang memetik angka jauh lebih tinggi sehingga sejuta orang.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat