Syasya tampil solo

- Advertisement -

Pendatang baharu seni, Syasya Hera mengorak langkah berani tampil solo selepas beberapa tahun menyanyi secara berkumpulan. Misinya tidak lain untuk mempertaruhkan kemampuan sendiri.

Sebagai permulaan, Syasya, 26, melancarkan lagu pengenalan berjudul RUN.

Menurut anggota Bahiyya Haneesa itu, lagu itu adalah lambang ekspresi perasaan dan menemui identiti diri.

Baginya, RUN sangat istimewa kerana ia adalah single pertama sebagai Syasya Hera. Buat pertama kali juga, dia dapat ekspresikan perasaan dan personaliti diri sendiri menerusi muzik.

“Lagu ini adalah mengenai pengkhianatan. Ia seakan-akan dialog atau mesej yang ingin disampaikan kepada seseorang selepas kepercayaannya dikhianati.

“Namun, daripada memilih untuk sedih, dia sedar akan nilai dirinya dan membiarkan saja seseorang itu lari dari kesalahan,” katanya.

Bercakap mengenai cabaran dialami ketika menghasilkan single berkenaan, Syasya akui dia berdepan masalah dari segi kekangan masa ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Satu-satunya cabaran yang dihadapi adalah kerana PKP. Sebenarnya lagu ini sudah lama ditulis, tetapi disebabkan kekangan pergerakan, ia mengambil masa agak lama untuk dihasilkan.

“Proses rakaman saja, hanya tiga hari. Namun, jika dicampur sekali dengan proses gubahan lagu hingga selesai penyuntingan, ia mengambil masa lapan bulan secara keseluruhan,” katanya.

 

SYASYA berazam tonjol identiti diri menerusi muzik.

 

Dalam pada itu, Syasya akui dia gugup dan takut untuk memulakan kerjaya secara solo menerusi RUN. Namun, sokongan rakan-rakan seperti Mingaling, Amir Hassan dan Ezra Kairo di studio rakaman membuatkan dia lebih bersemangat.

“Detik istimewa bagi saya ketika merakam lagu ini adalah kerana adanya bantuan mereka. Sejujurnya saya amat gugup dan takut untuk memulakan perjalanan saya sebagai artis solo, Syasya Hera dan bukan sebagai Syasya ahli Bahiyya Haneesa.

“Saya masih baharu dalam industri muzik, banyak lagi perkara yang perlu saya belajar. Namun begitu, setiap daripada mereka yang berada di studio amat positif dan memberi semangat sepanjang rakaman.

“Masing-masing menyumbang idea, kemudian teruja dengan hasilnya. Detik begitu sangat istimewa dan sukar untuk saya lupakan,” katanya.

Justeru, Syasya berharap single RUN diterima baik, sekali gus dijadikan inspirasi kepada semua peminat.

“Harapan saya adalah semoga peminat dapat menerima lagu ini dengan baik dan menjadikannya sebagai sesuatu yang menyuntik semangat serta keyakinan diri.

“Semoga mereka dapat menghayati lagu ini dan ingat bahawa diri mereka amat berharga. Apa pun, kita perlu bersedia untuk meninggalkan apa-apa yang menganggu kebahagiaan diri,” katanya.

Komposer dan penerbitnya, Mingaling bukan satu nama asing dalam dunia pembikinan lagu. Mingaling juga adalah seorang daripada anggota kumpulan Mass Music.

Begitu juga dengan penulis liriknya, penyanyi Amir Hasan yang pernah tampil dalam pertandingan Big Stage 2020.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat