Shahril Sangkal Dakwaan Terima Wang RM1.16 Juta Dari UKSB

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan hari ini tampil menyangkal dakwaan kononnya beliau telah menerima sumbangan dana politik berjumlah RM1.162 juta daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Shahril turut menyatakan kesediaan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

“Saya menegaskan dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali.

“Malah, saya juga tidak mempunyai sebarang pengetahuan berkenaan lejar yang kononnya mengandungi nama ‘S Pat’ mahupun kandungan lejar tersebut.

“Saya selanjutnya menyatakan bahawa saya bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam apa jua keadaan sekalipun berkenaan perkara ini,” katanya, dipetik dari hantarannya di Facebook hari ini.

Beliau yang juga Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri membuat kenyataan itu susulan kenyataan saksi dalam kes perbicaraan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, yang mendakwa beliau adalah antara penerima dana politik dari UKSB.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat