Program Cinta Alam Wajar Dijayakan Syarikat Korporat – KPM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menggesa pembabitan syarikat korporat untuk bersama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam menjayakan Program Sekolahku Sejahtera: Cinta Alam bagi melahirkan generasi yang cinta alam sekitar.

Katanya, sebuah program di bawah inisiatif itu yang bakal dilaksanakan sekolah berdekatan dengan 20 lokasi dipilih membabitkan pusat konservasi di seluruh negara, memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk mengembangkan lagi program itu secara meluas.

“Program ini adalah satu komponen di bawah konsep Sekolahku Sejahtera, iaitu H (Harmoni) kerana kebiasaannya kita bercakap mengenai keharmonian sesama manusia, namun kita jarang bercakap mengenai keharmonian antara manusia dengan alam.

“Sebab itu dalam konteks ini kita ingin lahirkan generasi yang sentiasa dekat dengan alam sekitar dan secara tidak langsung akan menimbulkan kesedaran bukan saja memastikan kebersihan alam sekitar tetapi juga dapat memastikan flora dan fauna kita dapat hidup dengan baik,” katanya kepada pemberita pada Program Eksplorasi Alam Lestari di Zoo Negara pada Isnin.

Lapor Bernama, Program Eksplorasi Alam Lestari itu adalah program rintis di bawah inisiatif Sekolahku Sejahtera: Cinta Alam membabitkan kerjasama FGV Holdings Berhad dengan Yayasan Didik Negara dan KPM.

Program hari ini menyaksikan penyertaan seramai 100 pelajar sekolah rendah dari beberapa sekolah terpilih di Putrajaya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat