Raja Arab Saudi Perkenan Sumbangan 1 Juta Dos Vaksin Kepada Malaysia

- Advertisement -

Div align=”justify”>Riyadh, 25 Julai 2021, – Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud mengarahkan King Salman Humanitarian Aid and Relief Center (KSrelief) untuk segera menghantar peralatan perubatan dan vaksin bagi membantu Kerajaan Malaysia untuk menangani pandemik COVID-19 yang sedang memuncak ketika ini.

Menurut Agensi Berita Saudi (Saudi Press Agency – SPA) arahan ini datang selepas Menteri Luar Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien mengadakan perbincangan dua hala dengan Putera Mahkota, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz, yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

Menurut Penasihat di Diraja dan Ketua Pengawas Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief), Dr Abdullah bin Abdulaziz Al Rabeeah, arahan kerajaan itu sebagai penegasan peranan kemanusiaan yang dimainkan oleh Arab Saudi ke arah negara-negara yang paling terjejas oleh pandemi COVID-19 dan kedalaman hubungan yang kukuh yang mengikat kedua-dua negara bersaudara itu.

Dr. Al Rabeeah menjelaskan bahawa bantuan itu merangkumi pemberian 1,000,000 dos vaksin COVID-19, peralatan perubatan, peralatan penjagaan dan rawatan, barangan pencegahan dan lain-lain keperluan perubatan,

Dr. Al Rabeeah menyatakan sumbangan ini merupakan bukti keinginan kepemimpinan untuk menyokong negara-negara sahabat di seluruh dunia dalam pelbagai krisis dan keadaan.

Sementara itu, Hishammuddin dalam catatan Facebooknya menulis, “Bagi pihak Kerajaan Malaysia, menjunjung kasih buat Baginda Raja Salman, Putera Mahkota Mohammad bin Salman dan Kerajaan Arab Saudi atas kebaikan serta keprihatinan yang sangat mendalam ini.”

“InsyaAllah, saya akan terus bekerjasama rapat dengan Putera Mahkota bagi memperincikan bentuk keperluan terkini yang negara perlukan sekaligus memastikan Titah Baginda Raja Salman ini berjalan lancar.”

Setakat ini Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri telah berjaya mendapat sumbangan 3.5 juta dos vaksin bagi mempercepatkan proses vaksinasi. Selain Arab Saudi, Hishammuddin berjaya mendapat sumbangan vaksin sebanyak 1 juta dos dari Amerika Syarikat, 1 juta dos dari Jepun dan 500 ribu dos dari China.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat