Tiada Lagi Video Masakan Sugu Pavithra Di Youtube

- Advertisement -

Ipoh – Pasangan suami isteri, S Pavithra dan M Sugu dikatakan telah memadamkan semua video masakan dan aktiviti masakan mereka di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra’.

Tinjauan SuaraTV mendapati tiada sebarang paparan video ditemui di laman rasmi pasangan yang mempunyai lebih 785,000 pengikut itu.

Menurut rekod, laman masakan pasangan tersebut mempunyai 98 video masakan ditambah dengan aktiviti mereka sekeluarga.

Terakhir mereka memuatnaik rakaman percutian bersama keluarga di taman tema air popular dan menginap di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Video yang dimuat naik minggu lalu itu berjaya meraih lebih 281,980 tontonan.

Pasangan itu mula mencipta saluran Sugu Pavithra sejak 28 Januari lepas dan perkongsian video masakan mereka telah memperolehi lebih 34 juta tontonan.

Semalam, pasangan ini menetapkan pendirian untuk menolak sebarang anugerah atau gelaran ikon dan hanya mahu memberi fokus kepada program masakan kendalian mereka di saluran YouTube Sugu Pavithra.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat