BlackRock: Majoriti biro politik Umno ada dalam Kabinet, Umno kena ‘jual’ lagi? – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perselisihan pendapat antara Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung pendirian pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) diterajui Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi ‘bahan’ kritikan.

Bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa hari ini membidas, hampir semua biro politik Umno ada dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan yang bertegas tidak setuju saham MAHB dijual kepada BlackRock seperti ditegaskan Timbalan Presiden Umno.

“Tok Mat Hassan kata menteri-menteri Umno dalam Kabinet tak setuju saham MAHB dijual kepada BlackRock.

“Dalam Kabinet PMX ada Timbalan Presiden Umno, dua Naib Presiden Umno, ada Setiausaha Agung BN,ada Ketua Penerangan Umno..ertinya hampir semua biro politik Umno.

“Mengikut Tok Mat mereka tak setuju. Begitu juga Pemuda, Puteri dan Wanita Umno tak setuju.

“Hari ini ahli MKT Umno secara terbuka minta kerajaan buat U-turn.

“Nampaknya macam semua dalam Umno tak setuju.Tapi Presiden Umno seorang saja kata itu semua pendapat peribadi saja.Mengikut Presiden Umno, Umno setuju dengan kerajaan dan PMX,” kata Annuar.

Beliau yang kini AJK PAS Pusat, mempersoalkan adakah Umno sekali lagi ‘dijual’ tanpa wang pendahuluan?

“Apakah sekali lagi Umno dijual tanpa pedulu (wang pendahuluan) pendapat pemimpin kanan dah ahli sendiri.

“Hal yang sama isu pembelaan atas Datuk Seri Najib Razak. Semua pemimpin Umno kononnya mahu membela Najib.Tapi bila ada titah daripada Yang di-Pertuan Agong maka Umno dan Kerajaan PMX tidak mahu laksanakan dan memilih tindakan PMX,” dakwa beliau.

Tegas Annuar lagi, berapa banyak isu besar dan dasar yang berpaksi kepada dasar PKR dan DAP terpaksa ‘di endorse’ oleh Umno atas kehendak Presidenya dengan membelakangkan sentimen ahli Umno di bawah.

“Sampailah masanya akar umbi Umno bangkit dan menyemak semula kedudukan umno dalam kerajaan bersama PKR DAN DAP.

“Jika Umno tidak meninggalkan PH terutama DAP,rakyat akan meninggalkan Umno buat selamanya,” tegas Annuar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat