Dua Kes Penyakit JE Dikesan Di Pulau Pinang

- Advertisement -

GEORGE TOWN – Dua kes Japanese Encephalitis (JE) dilaporkan di Pulau Pinang yang dikenal pasti berlaku di lokaliti Sungai Bakap di daerah Seberang Perai Selatan (SPS), menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP).

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memberikan maklumat terperinci berhubung dua kes itu.

JKNPP berkata semua fasiliti kesihatan mengambil langkah waspada dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam pengesanan kes baharu JE khususnya daripada lokaliti Sungai Bakap dan amnya daerah SPS bagi membendung wabak tersebut.

“Kes terakhir penyakit bawaan nyamuk ini dilaporkan di Pulau Pinang adalah pada tahun 2018. Kemudahan kesihatan akan melaporkan segera kes-kes yang disyaki kepada Pejabat Kesihatan Daerah bagi membolehkan aktiviti kawalan dilaksanakan secepat mungkin bagi membendung penularan wabak penyakit itu,” menurut kenyataan itu.

Katanya, kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah SPS juga melaksanakan pengesanan kes secara aktif dengan melakukan kunjungan ke rumah di sekitar lokaliti terlibat dan mengenal pasti sekiranya terdapat individu yang mengalami simptom seperti demam, sakit kepala, tanda meningisme, pengsan, disorientasi, koma, gegaran anggota, lumpuh, kekejangan otot dan kehilangan koordinasi, bermula 12 Mei lepas.

Kegiatan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk, semburan larvasiding dan semburan kabus juga akan dilaksanakan di lokaliti berkenaan bagi memutuskan rantaian jangkitan penyakit dengan membunuh jentik-jentik dan nyamuk dewasa, katanya.

JKNPP turut menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah-langkah bagi menghentikan penularan penyakit JE antaranya melakukan pemeriksaan dalam rumah dan kawasan sekitar bagi menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk.

Orang ramai juga diminta bekerjasama dengan membenarkan anggota kesihatan membuat pemeriksaan dan menjalankan semburan kabus di dalam rumah dan mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital apabila mengalami demam dan tanda-tanda penyakit JE.

Penyakit JE adalah disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Culex daripada khinzir yang telah dijangkiti kepada manusia, namun transmisi virus tersebut tidak boleh berlaku daripada manusia atau individu yang dijangkiti kepada manusia lain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat