Buli Orang Sakit, Uncle Kentang Doakan Kubur ADUN Berasap

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Aktivis sosial, Kuan Chee Heng membidas sikap seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang cuba menggunakan orang yang sedang sakit untuk memaksa beliau memadamkan muatnaik di laman Facebook.

Chee Heng atau lebih popular dengan gelaran Uncle Kentang melahirkan rasa sedih dengan sikap tidak bertanggungjawab Adun tersebut.

“Saya mengetahui apa ADUN cuba lakukan untuk mereka yang susah, ada ADUN minta orang sakit dan susah untuk (paksa) saya padam pos kerana rasa tercabar dan seolah-olah beliau tak buat kerja.

“Pergi lawat jumpa orang susah dan sakit hanya untuk beri makanan (namun) masalah utama (masih) tak diselesaikan pun. Sedih. Kalau anda berpolitik sebegitu di dunia, saya pasti kubur anda pasti berasap nanti,” ujarnya di laman Facebook sebentar tadi.

Uncle Kentang bagaimanapun enggan mendedahkan nama Adun yang beliau maksudkan namun berharap agar tindakan kejam seperti itu segera dihentikan.

“Siapa ADUN yang terbaca ini tahu lah dia siapa yang saya maksudkan. Walaupun kamu dalam lain kem, kamu jangan sekali-kali menyusahkan dan membuli mereka yang susah dan sakit.

“Saya doakan anda di datangi hidayah (yang) sebenar untuk menjadi seorang yang beragama dengan nilai agama yang betul. Jangan buli orang sakit (kerana) Allah melihat kekejaman kamu,” ujarnya lagi.

Nama Uncle Kentang mula menjadi menjadi perhatian, apabila tampil dengan pelbagai inisiatif membantu golongan memerlukan seperti hotel, ambulans dan perpustakaan yang hanya mengenakan cas 10 sen sahaja.

Tidak cukup dengan itu, beliau kini turut menyediakan perkhidmatan van jenazah dan teksi 10 sen secara percuma kepada golongan tidak berkemampuan.

Selain mengagihkan bantuan makanan asas secara percuma, Uncle Kentang yang pernah bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih sebelum ini turut menyediakan Dapur Umum yang membolehkan mereka yang lapar dan miskin mengambil makanan secara percuma.

Gelaran Uncle Kentang diciptanya sendiri memandangkan beliau suka menyertakan bekalan kentang dalam setiap bantuan beras, minyak dan barang makanan lain yang disumbangkannya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat