Jenazah 3 Anggota TLDM Mangsa Kemalangan Jalan Raya, Dikebumi Hari Ini

Kementerian Jumpa Pengurusan Zoo Negara Esok Bincang Pengukuhan Operasi

PUTRAJAYA - Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Zoo Negara pada hari Khamis ini...

PKPB Di Sabah Mungkin Dilanjutkan

KOTA KINABALU - Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun membayangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah yang dijadual tamat 6 Disember ini mungkin...

Malaysia Tinjau Keberkesanan Vaksin Covid-19 Di UK

PUTRAJAYA - Malaysia akan melihat kepada tahap keberkesanan, kesan sampingan dan kualiti vaksin COVID-19 yang digunakan di United Kingdom (UK) sebelum membuat sebarang keputusan...

Aktiviti dan Operasi Koperasi Turut Terkesan Dengan Pandemik Covid – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR - Gerakan koperasi berjaya menjana pendapatan berjumlah RM45.7 bilion sehingga 31 Dis, 2019, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr...

UMNO Berhak Guna Logo BN, Yang Penting Tiada Pertembungan – PAS

KOTA BHARU - Pas bersikap terbuka terhadap hasrat UMNO yang akan menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti susulan...

KOTA KINABALU – Jenazah Allahyarham Laskar Kanan PAP Maslim Abdul Rahim, 35, seorang daripada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam kemalangan jalan raya Ranau-Kota Kinabalu, pada Selasa lepas diterbangkan ke kampung halamannya di Semporna, pagi ini.

Jenazah arwah diterbangkan ke Semporna dengan menaiki helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) EC 725 dan berlepas pukul 8.05 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Terminal 2, di sini.

Jenazah yang diiringi Laskar Kanan 1 PAP Mohamad Hafiz Md Nor dijangka tiba di Semporna pukul 9.35 pagi di Semporna.

Proses bedah siasat telah selesai dijalankan pukul 2.00 petang semalam di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth.

Maslim dari Markas Wilayah Laut (Mawilla) 2 Pangkalan TLDM Sandakan antara tiga mangsa nahas jalan raya yang berlaku pukul 1.03 petang, Selasa lepas.

Kemalangan itu turut mengorbankan dua lagi anggota iaitu Laskar Kelas I TNL Mohamad Firdaus Mat Izan dari Kluang, Johor dan Laskar Kelas I TMK Muhammad Arif Idris dari Melaka, manakala yang cedera ialah Laskar Kelas II TLR Vincent M Orel.

Jenazah Mohamad Firdaus dan Muhammad Arif dijangka diterbangkan hari ini ke Johor dan Melaka.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan