Gelombang anak muda di konsert NAYKILLA: “Centyl in My Playground” Zepp KL

Zepp Kuala Lumpur menjadi medan ledakan muzik dan budaya anak muda apabila konsert NAYKILLA: “Centyl in My Playground” berlangsung dengan penuh warna, menampilkan muzik beridentitikan Hip Dut, genre yang menjadi signature dan kekuatan utama kumpulan tersebut, selain persembahan bertenaga daripada barisan artis jemputan yang berjaya menghidupkan suasana sepanjang malam.

Konsert yang diketuai oleh NAYKILLA bersama DJ JEMSII membuka tirai dengan persembahan Intro, sebelum disusuli lagu Bahasa Tubuhmu yang terus menaikkan semangat para penonton. Sorakan demi sorakan mula memenuhi ruang Zepp apabila lagu Open Arms dan Skip Dulu Ah yang menampilkan RYO dimainkan.

Kehadiran RYO menambah kemeriahan pentas dengan beberapa persembahan solo seperti Tantrum, Sama Kamu Cuma Kamu, 1/10, dan Cuma Teman. Set persembahan beliau berjaya membawa emosi berbeza kepada penonton dengan gabungan rentak moden dan lirik yang dekat dengan kehidupan anak muda masa kini.

Konsert semakin rancak apabila lagu-lagu nostalgia dan gabungan remix dipersembahkan seperti Keong Racun, Cinta Satu Malam x We Can’t Be Friends, serta gabungan unik I Heart You x Baby yang dibawakan bersama Yung Caters.

Yung Caters turut mencuri perhatian menerusi persembahan Geleng Geleng, Bandung City, Stay, dan Rumah, yang berjaya membuatkan penonton terus menyanyi dan menari bersama.

Momentum diteruskan dengan kemunculan Sophia menerusi lagu Cenat Cenut, MSG, dan Baddie Melayu Terakhir. Gabungan persembahan ini menampilkan variasi genre dan gaya yang menggambarkan identiti muzik generasi muda hari ini.

Antara detik yang paling dinanti ramai ialah persembahan lagu Raga, selain dua lagu baharu yang masih belum dilancarkan iaitu MMG dan Satu Cinta di Udara, yang menerima reaksi positif daripada penonton.

DJ JEMSII kemudiannya mengambil alih pentas dengan set DJ yang penuh tenaga sebelum malam kemuncak ditutup dengan beberapa lagu popular seperti Garam dan Madu, SO ASU, dan Kasih Aba Aba.

Secara keseluruhan, NAYKILLA: “Centyl in My Playground” bukan sekadar sebuah konsert, malah menjadi platform meraikan identiti muzik Hip Dut yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pendengar muda. Sorakan, nyanyian bersama dan tenaga luar biasa daripada para peminat sepanjang malam membuktikan bahawa muzik terus menjadi medium yang menyatukan ramai pihak.

Konsert ini jelas meninggalkan memori tersendiri kepada para peminat yang hadir dan mengukuhkan lagi pengaruh NAYKILLA dalam landskap muzik semasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat