MALAYSIA ULANGI KOMITMEN TERUS PERKUKUH KERJASAMA DENGAN TURKIYE

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama dengan Turkiye dan akan memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Anwar menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial memaklumkan perkara itu dizahirkan semasa menerima panggilan telefon daripada  Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan semalam sambil kedua-dua pemimpin itu berbalas ucapan Aidilfitri Mubarak.

“Kami menegaskan isu-isu hubungan dua hala Malaysia-Turkiye, isu-isu antarabangsa termasuk perkembangan krisis politik di Tunisia selain perkembangan terkini mengenai pergolakan di Sudan.

“Saya juga mengambil maklum Turkiye kini sedang dalam proses persediaan untuk menghadapi pilihan raya tidak lama lagi dan saya menegaskan komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama dengan negara itu dan perkukuh hubungan antara kedua negara sahabat,” katanya.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat