PKPD Di Kampung Dambai Inanam Bermula Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Dambai Inanam, Kota Kinabalu, Sabah bermula 26 April hingga 9 Mei.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini susulan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 di kawasan itu.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melakukan 74 ujian saringan dan daripada jumlah itu, enam kes positif direkodkan dalam tempoh seminggu.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua yang terlibat dan seterusnya mengekang penularan jangkitan COVID-19 ke komuniti luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata PKPD di lima lokaliti di mukim Hulu Besut, Besut, Terengganu iaitu Kampung Belaoh, Kampung PPRT Belaoh Baru, Kampung Keruak, Kampung Pak Sik dan Felcra Keruak dilanjutkan sehingga 4 Mei.

Beliau berkata KKM melaporkan penularan kes secara berterusan dalam kalangan penduduk di kawasan itu dengan 22 kes positif COVID-19 sedang dirawat.

“Setakat ini, 107 kes positif COVID-19 direkodkan melibatkan kesemua lokaliti itu hasil 2,077 ujian saringan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan penamatan PKPD susulan penurunan kes baharu di Penjara Tapah, Perak dan Kampung Meruntum, Putatan, Sabah pada 26 April seperti dijadualkan.

Ismail Sabri berkata sejumlah 243 individu ditahan Sabtu kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan 219 daripada mereka dikenakan kompaun manakala 24 lagi direman.

Merujuk Operasi Benteng pula, beliau berkata 22 pendatang tanpa izin ditahan Sabtu dan tiga kenderaan darat dirampas. – Bernama

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Jangkitan Covid-19 Naik Mendadak, Noor Hisham Rayu Masyarakat Kawal Pergerakan

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak sejak awal April lepas, telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara, kata Ketua...

Kelulusan Rentas Negeri Akan Lebih Ketat, Cegah Salah Guna – KPN

PETALING JAYA - Kelulusan permohonan rentas negeri akan diteliti dengan lebih ketat lagi bagi memastikan tiada individu menyalahguna atau memalsukan kebenaran itu. Ketua Polis Negara,...

Rekod Tertinggi 47 Kematian, 4,865 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia merekodkan kes kematian tertinggi akibat jangkitan COVID-19 selama dua hari berturut-turut, iaitu sebanyak 47 kes dilaporkan hari ini, berbanding 45 kes...