Kapal Selam Indonesia Pecah Tiga, Semua 53 Kru Terkorban

- Advertisement -

JAKARTA – Kesemua 53 kru KRI Nanggala-40 disahkan terkorban selepas kapal selam itu dipercayai pecah kepada tiga bahagian.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto.

Katanya, berita menyedihkan itu disahkan berdasarkan bukti-bukti yang ditemukan sepanjang usaha mencari dan menyelamat kapal selam itu dijalankan sejak Rabu lalu.

“Dengan dukacitanya dimaklumkan semua anak kapal KRI Nanggala-402 sudah terkorban selepas kapal selam itu tenggelam.

“Beberapa bahagian badan kapal selam juga sudah ditemukan berdasarkan visual bawah air yang dilakukan oleh kapal tentera Singapura, MV Swift,” katanya.

Jelas beliau, antara bahagian yang dikenal pasti termasuk bahagian belakang dan luar badan kapal selam, sauh serta jaket keselamatan anak kapal.

Kapal selam tersebut dilaporkan terputus hubungan pada Rabu laku sebelum disahkan tenggelam.

KRI Nanggala-402 dipercayai tenggelam pada kedalaman 838 meter. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat