Skim Insurans Keluarga Malaysia Bakal Manfaatkan 268,000 Keluarga Miskin – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberitahu kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan Skim Insurans Keluarga Malaysia yang akan memberi perlindungan sosial kepada 268,000 keluarga dari golongan miskin dan miskin tegar.

Perdana Menteri berkata menerusi skim insuran tersebut, setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dalam sistem eKasih akan diberi perlindungan insurans dengan premium sebanyak RM50 setahun dan melibatkan kos sebanyak RM13.4 juta.

“Sekiranya KIR meninggal dunia disebabkan kematian biasa, keluarga akan mendapat manfaat RM10,000, keilatan kekal RM10,000 sementara yang meninggal dunia akibat kemalangan RM20,000.

“Pada masa yang sama, Pru-Takaful BSN menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu sejak 2018 memberi perlindungan insurans RM30,000 secara percuma bagi KIR yang berdaftar menerusi eKasih,” katanya, ketika berucap merasmikan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perlis 2022 hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Ismail Sabri berkata kerajaan turut komited dalam memperkasakan pendapatan kumpulan sasar melalui Program Meningkatkan Taraf Hidup Golongan B40 dalam kalangan Masyarakat Pertanian Agromakanan.

Menurut beliau lagi, menerusi program tersebut pelbagai jenis bantuan telah diagihkan kepada 39,171 orang penerima dengan peruntukan wang berjumlah RM109.7 juta.

“Seramai 1,300 pesawah pula telah mendapat manfaat menerusi Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) bagi tujuan meningkatkan produktiviti penanaman padi.

“Kerajaan juga sentiasa mendengar keluhan dan permintaan Keluarga Malaysia dan keputusan terkini yang dilaksanakan atas kehendak ramai ialah pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat