Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Akan Diadakan Di Setiap Negeri – Perdana Menteri

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kerajaan telah membuat keputusan untuk mengadakan siri jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di peringkat negeri bermula dengan Johor awal bulan ini dan Perlis hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian ketika merasmikan siri Jelajah berkenaan di Perlis hari ini.

Menurut Perdana Menteri, seperti siri jelajah pertama, pelbagai program telah disediakan untuk memberi kemudahan dan kefahaman mendalam kepada semua mengenai konsep Aspirasi Keluarga Malaysia yang menitik beratkan ‘Keterangkuman’ (Inclusivity), ‘Kebersamaan’ (Common Ground) dan ‘Kesyukuran’ (Contentment).

Dalam ucapan perasmiannya, Ismail berkata, “Saya yakin setiap lapisan masyarakat sudah sebati dengan konsep Keluarga Malaysia yang fokus utamanya ialah menyatu-padukan rakyat ke arah kesejahteraan ekonomi, kestabilan politik seterusnya memulihkan negara dalam situasi mencabar”.

Siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Perlis ini jelas beliau bertujuan untuk meningkatkan usaha penyebar-luasan konsep serta hala tuju Keluarga Malaysia agar mudah difahami dan dihayati oleh semua.

Sejak Oktober 2021, Kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat kata Perdana Menteri, telah menubuhkan Skuad Keluarga Malaysia dengan kekuatan 10,000 anggota yang bertugas menyelaraskan semua mekanisme penyampaian bantuan kepada mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru agar lebih ramai sukarelawan mendaftarkan diri sebagai ahli Skuad Keluarga Malaysia melalui laman web Keluarga Malaysia.

Kerajaan tambah beliau, komited dalam memperkasakan pendapatan Kumpulan Sasar melalui Program Meningkatkan Taraf Hidup Golongan B40 dalam kalangan Masyarakat Pertanian Agro-makanan.

Menerusi program ini pelbagai jenis bantuan telah diagihkan kepada 39,171 orang penerima dengan peruntukan RM 109.7 juta.

Manakala 1,300 pesawah telah mendapat manfaat menerusi Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) bagi tujuan meningkatkan produktiviti penanaman padi.

Kerajaan juga katanya, sentiasa mendengar keluhan dan permintaan Keluarga Malaysia dan keputusan terkini yang dilaksanakan atas kehendak ramai ialah pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Perdana Menteri turut mengambil kesempatan untuk mengumumkan tiga perkara penting dan khabar gembira untuk Keluarga Malaysia.

Pertama, Kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan Skim Insurans Keluarga Malaysia bagi memberi perlindungan sosial kepada golongan miskin dan miskin tegar.

Di bawah skim ini, Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dalam sistem eKasih diberi perlindungan insurans yang melibatkan 268,000 keluarga miskin dengan premium RM 50 setahun. Ini melibatkan kos sebanyak RM 13.4 juta.

Sekiranya KIR meninggal dunia disebabkan kematian biasa, keluarga akan mendapat manfaat RM 10,000, keilatan kekal RM 10,000 sementara yang meninggal dunia
akibat kemalangan RM 20,000.

Pada masa yang sama, Pru-takaful BSN l menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu sejak 2018 memberi perlindungan insurans RM 30,000 secara percuma bagi KIR yang berdaftar menerusi eKasih.

Kedua, mulai 1 April, negara akan memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’, dan keputusan Kerajaan ini amat tepat pada masanya ,lebih – lebih lagi menjelang Ramadan.18. Ini membolehkan Keluarga Malaysia mengimarahkan masjid dan surau dengan menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah tanpa perlu
penjarakan fizikal.

Had waktu operasi perniagaan juga dimansuhkan dan Keluarga Malaysia yang kesuntukkan masa memasak untuk bersahur bolehlah makandi gerai – gerai yang menyediakan pelbagai jenis masakan, diikuti solat subuh.

Walaupun tiada lagi penjarakan fizikal, namun Perdana Menteri mengingatkan bahawa Keluarga Malaysia masih terikat dengan pematuhan SOP seperti pemakaian pelitup muka atau mask di samping penjagaan kebersihan diri.

Justeru, bagi memastikan SOP dan Garis Panduan (GP) masih terjaga, saya melancarkan program Duta Komuniti Keluarga Malaysia yang berkonsepkan kesukarelawan. Matlamatnya ialah membudayakan kawalan kendiri dalam kalangan komuniti sepanjang fasa peralihan ke endemik.

Duta Komuniti ini akan ditempatkan di kawasan berisiko tinggi iaitu sesak dan tertutup

Mereka akan memastikan maklumat yang disampaikan kepada komuniti adalah tepat, terkini dan efektif dengan cara penyampaian yang bernada lembut,berhemah danbersopan – santun apabila membuat teguran.

Jelas Perdana Menteri lagi, “Saya yakin program ini dapat memperkasakan komuniti, bersama Kerajaan, mendidik masyarakat supaya sentiasa mematuhi SOP dan mengamalkan norma baru demi kesejahteraan Keluarga Malaysia”.

Ketiga, berita gembira untuk penduduk utara di Perlis dan Kedah. Mulai 1 April ini Thailand bersetuju membuka pintu sempadan darat di Wang Kelian (Perlis) dan Bukit Kayu Hitam (Kedah).

“Saya juga sudah meminta Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin untuk berbincang dengan Kerajaan Thailand untuk membuka pintu sempadan di Padang Besar dan kawasan-kawasan lain di utara”.

Semalam, beliau telah mengumumkan pembukaan sepenuhnya pintu sempadan Malaysia-Singapura melalui udara, darat dan air. Laluan untuk pekerja yang berulang alik secara harian juga telah dibuka dan dipermudahkan dengan pemansuhan kuarantin dan tidak perlu menjalani ujian PCR atau RTK pada pra pelepasan dan ketibaan.

Ini kata Ismail, pastinya akan menyumbang kepada usaha-usaha pemuilihan negara yang memberi impak positif ke atas kelestarian ekonomi dan kesejahteraan kehidupan Keluarga Malaysia.

Di akhir ucapannya, Ismail berharap, Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man dan kerajaan negeri beroleh kejayaan dalam mentadbir negeri yang terkenal dengan buah mangga Harumanis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat