PAS ‘langkah panjang’ masuk PN untuk bertanding PRU15 sebagai kerajaan – Presiden PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS bekerjasama dengan parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) supaya dapat menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sebagai kerajaan dan bukannya pembangkang, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahli Parlimen Marang itu memberitahu langkah PAS “sangat panjang” melangkaui Langkah Sheraton – yang menyaksikan PH tumbang dan PAS menjadi salah satu komponen kerajaan PN.

“PAS bersama dalam melakukan perubahan kerajaan daripada Pakatan Harapan (PH) kepada PN yang dilaksanakan secara demokratik mengikut undang-undang yang sah dan berprinsip.

“Langkah ini diambil bagi menyertai PRU15 sebagai kerajaan sementara, bukan lagi sebagai pembangkang seperti dahulu.

“PAS melangkah menuju PRU15 bersama tiga model kerajaan negeri (Kedah, Terengganu, Kelantan) dan menyertai kabinet kerajaan pusat.

“Langkahnya sangat panjang, bukan sekadar Langkah Sheraton,” katanya dalam catatan Minda Presiden di Facebook.

Bagaimanapun sebahagian daripada catatannya, tidak jelas apa langkah yang telah direncana PAS.

Bagaimanapun, dua hari lalu, ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata bahawa PAS, Umno dan Bersatu perlu memenangi PRU-15 dengan majoriti dua pertiga.

Hal itu, katanya akan membolehkan persempadanan semula pilihan raya dibuat bagi memberikan manfaat kepada Melayu-Islam.

Berdasarkan Perkara 113(2)(ii) Perlembagaan Persekutuan, Parlimen boleh meluluskan persempadanan baru pilihan raya apabila telah sampai tempohnya, tanpa kelulusan dua pertiga Dewan Rakyat.

Sempadan pilihan raya untuk Sarawak tidak boleh diubah sehingga 2023, diikuti Sabah pada 2025, dan Semenanjung Malaysia pada 2026

Cadangan Khairuddin bahawa perlunya majoriti dua pertiga, berkemungkinan satu isyarat bahawa PAS berniat meminda Perlembagaan Persekutuan supaya persempadanan semula pilihan raya boleh dibuat lebih awal.

Bagaimanapun, sekutu PAS, Umno dan Bersatu hampir pasti bertembung dalam PRU akan datang.

Beberapa pihak dalam Umno menuntut PAS untuk membuat pilihan, berbanding kekal tidak berpihak. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat