Undi 18: Orang Muda akan jadi “king maker”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Peranan anak muda dalam mentukan hala tuju negara tidak boleh di ambil mudah.

Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohd. Salleh Said Keruak mendesak pelaksanaanundi 18 harus disegerakan bagi memberi nafas baru melalui idea dan pendekatan baru dalam arena politik negara.

“Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun telah diluluskan di Dewan Negara pada julai 2019.

“Dengan kelulusan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan itu, pilihan raya pada masa hadapan akan menyaksikan pengundi berusia 18 tahun dibenarkan mengundi dan menjadi calon berbanding usia 21 tahun sebelum ini, selain pendaftaran pengundi akan dilakukan secara automatik,” ujarnya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Kata beliau, langkah ini dilihat meletakkan Malaysia sebaris dengan negara membangun yang lain seperti Indonesia misalnya, menetapkan had mengundi pada usia 17 tahun, manakala Argentina, Austria dan Brazil pula sudah serendah 16 tahun.

Selain itu, kata Salleh, kelulusan usul Ini juga akan memberikan pertambahan sebanyak 20 peratus atau kira-kira 3.7 juta pengundi baru pada PRU akan datang.

“Angka ini jelas menunjukkan peranan besar golongan muda dalam sistem demokrasi berikutan golongan ini dilihat boleh menjadi antara ‘king maker’ dalam menentukan mandat bagi mentadbir negara.

“Di sebalik banyak persoalan yang berbangkit mengenai kematangan dan literasi politik golongan terbabit dalam menentukan hala tuju negara, saya berpendapat golongan ini boleh mencapai kematangan politik dengan cepat.

“ Ini kerana kita dalam zaman digital masa kini dan maklumat boleh diakses melalui pelbagai medium dengan pantas. Perolehan maklumat ini akan membantu mereka untuk membuat keputusan kepada siapakah sokongan atau undi patut diberikan,” jelas beliau.

Beliau menambah, dari sudut psikologi pula, usia 18 tahun merupakan fasa terakhir sebelum transisi ke alam dewasa.

Kata Salleh dalam usia sebegini, mereka cenderung melakukan keputusan kritikal di samping berfikiran lebih jauh terutama dalam isu serius seperti perihal agama, bangsa dan negara.

“Selain itu, langkah ini akan membolehkan golongan muda melihat hak mereka untuk mengundi diiktiraf dari awal, sekali gus boleh menarik minat mereka untuk terbabit dalam politik.

“Melalui politik, mereka berpeluang untuk belajar bagaimana melaksanakan tanggungjawab dengan amanah selain menyerlahkan lagi ciri kepimpinan yang ada.

“Saya turut melihat bahawa undi 18 akan merubah norma kehidupan remaja masa kini. Pada asalnya mereka lebih tertumpu pada pelajaran dan kerjaya serta pengaruh politiknya dipengaruhi oleh keluarga kepada remaja yang berfikiran matang yang cakna kepada politik, peka pada isu semasa dan mempunyai jati diri yang kuat.

“Mari kita sama-sama berdoa agar sistem demokrasi negara terus subur dan gemilang dan diperkukuhkan lagi melalui pelaksanaan undi 18 ini,” kata Salleh. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat