“Ingat lawan UMNO tak pernah kuat, kita tewas sebab lemah dan berpecah” – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyuntik semangat kepada semua ahli parti dengan memberitahu lawan UMNO tidak pernah kuat sebaliknya kita tewas kerana kita sendiri lemah dan berpecah.

Zahid memberitahu seluruh ahli UMNO bahawa dalam berpolitik, musuh tidak perlu dicari kerana ia datang dengan sendiri.

“Kebiasaannya ia datang daripada luar dan adakala daripada dalam juga.

“Selalu juga didengari pendapat seberapa ramai sukakan kita, begitu juga yang tidak menyukai,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, dalam keadaan sebegini, biarpun nahkoda bersilih ganti, kapal yang dikemudi pasti akan diserang.

“Saudara saudari sekalian, tsunami PRU-14 hampir menenggelamkan kapal UMNO ini.

“Kita betulkan sauh dan menampal bocor kapal UMNO yang hampir tenggelam. Kita layari semula bersama rakan-rakan yang masih setia menuju destinasi kemenangan.

“Biarpun sebahagian rakan-rakan itu masih muda, kita bersama utuh membelah badai bergelora. Saudara saudari, munajat UMNO kerana sebuah perjuangan,” ujar Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu lagi.

Zahid menambah, percayalah, orang yang dizalimi Allah tidak pernah menolak doanya.

“Biar apapun yang menerjah, berikanlah perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Rakyat amat merindui perkhidmatan UMNO dan BN.

“Lawan kita tidak pernah kuat. Kita tewas kerana kita sendiri lemah dan berpecah.

“Pada masa yang masih ada, perbaikilah kelemahan ini. Kita boleh berbeza pendapat dan kita raikan.

“Jangan kerana perbezaan pendapat kita menimbulkan kabilah. Pelajarilah sesuatu bagaimana sejarah tumbangnya kerajaan zaman lampau,” kata beliau. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat