KESTABILAN KUNCI KEBANGKITAN UMNO – HISHAMMUDDIN

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang berlangsung pada 27 dan 28 Mac ini merupakan wadah untuk merapatkan saf, memperkukuhkan kesatuan dan menetapkan hala tuju yang jelas demi kelangsungan dan masa depan UMNO.

Menurutnya, kestabilan adalah kunci kebangkitan UMNO bagi mempastikan parti yang menjadi tunjang kepada Barisan Nasional kembali bangkit selepas kekalahan pada PRU14 lepas.

“Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung hujung minggu ini merupakan medan yang cukup kritikal untuk akar umbi berbicara secara telus dan ikhlas khususnya tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kelangsungan dan masa depan parti.

“Inilah juga wadahnya, untuk kita rapatkan saf, kukuhkan kesatuan serta sama – sama menentukan hala tuju yang jelas demi masa depan parti kita, katanya melalui catatan Facebooknya,

Hishammudin yang juga Bendahari Barisan Nasional (BN) memperingatkan kepada semua pemimpin dah ahli-ahli UMNO bahawa perhimpunan kali ini mestilah berupaya menyerlahkan kestabilan UMNO di setiap peringkat yang berlandaskan semangat kebersamaan; kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada parti; serta ketaatan kepada pucuk pimpinan parti terutama institusi Presiden.

Katanya lagi, kestabilan ini penting sekiranya kita mahu UMNO diyakini sebagai institusi
Terbaik untuk memimpin negara serta dilihat sebagai parti yang ikhlas dalam mempertahankan agenda kesatuan Melayu-Islam.

“Kestabilan jugalah akan menentukan jatuh bangun UMNO dalam pilihanraya akan datang. Kestabilan jugalah yang UMNO boleh tawarkan kepada rakyat berasaskan pengalaman yang panjang.

“Agenda kesatuan Melayu Islam yang diperjuangkan UMNO di samping kesungguhan membela kaum-kaum lain bukan sahaja akan menjamin kestabilan masa depan UMNO malah wajib dipertahankan demi melakar masa depan Malaysia yang lebih gemilang,” tegasnya.

Justeru beliau menasihatkan para perwakilan UMNO semasa bersidang berbincanglah dengan penuh hikmah dan bijaksana. Letakkan sepenuh kepercayaan kepada kebijaksanaan Majlis Kerja Tertinggi dan pucuk pimpinan untuk menahkhoda parti ke arah kestabilan yang amat kita perlukan sekarang.

“Marilah kita sama-sama berganding usaha dan memanjatkan doa kepada yang Esa, agar Perhimpunan pada hujung minggu ini dapat membawa seluruh kebaikan kepada parti,”ujarnya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat