Neelofa, PU Riz nikah pagi Sabtu ini?

Kuala Lumpur: Majlis pernikahan Neelofa dan bekas peserta Pencetus Ummah (PU) Riz akan dilangsungkan pagi Sabtu ini.

Menurut sumber, pasangan itu bakal disatukan dalam satu majlis tertutup yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

“Jika semuanya dipermudahkan, majlis pernikahan mereka akan berlangsung pagi Sabtu ini. Majlis itu juga hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat saja,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan terdapat desas-desus mengatakan Neelofa dan Riz bakal melangsungkan pernikahan hujung minggu ini.

Bagaimanapun, usaha Harian Metro mendapatkan mereka termasuk daripada pengurusan dan keluarga mereka mengenai berita itu tidak berjaya apabila masing-masing mengambil tindakan mengunci mulut.

Sebagaimana kisah pernikahan kakaknya, Noor Nabila dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin minggu lalu yang sebelumnya turut merahsiakan perkara itu, Neelofa juga mengambil tindakan serupa.

Sejak tular mengenai hubungan mereka termasuk dikatakan sudah dirisik keluarga Riz, namun kedua-duanya tidak pernah mengesahkan mengenai hubungan mereka.

Pada Disember tahun lalu, Neelofa dalam kenyataannya menafikan dakwaan sudah melangsungkan perkahwinan dengan Riz dan dinikahkan bapa kandungnya di Kelantan.

Neelofa turut menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah wang kepada pendakwah muda itu.

Kisah hubungan cinta pasangan ini mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga Riz.

Bagaimanapun pada awal tahun ini, Neelofa dilihat memakai semula cincin terbabit di jari manisnya sekali gus membuktikan hubungan mereka masih berada dalam keadaan baik.

Harian Metro

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Pergi Jahanam Dengan Arahan Ahmad Maslan – Nazri Aziz

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan beliau dilarang membuat kenyataan tentang UMNO. Bercakap kepada sebuah portal, Nazri berkata larangan...

Berita Berkaitan

Ejen Ali The Movie ke Brazil

uala Lumpur: Filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie terus mencipta kejayaan apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Pertandingan Filem Animasi di Festival Fantaspoa 2021,...

Netizen Dakwa Ada Kedai Motosikal ‘Markup’ Harga Y16ZR Cecah RM13,000

Pernahkah anda mahu membeli sesuatu barangan, tetapi anda diminta bayar ‘wang pendahuluan’ atau ‘deposit’ terlebih dahulu oleh pihak kedai supaya anda dapat ‘lock’ barangan...

Ramlah Ram belum terbuka hati nak sertai Gegar Vaganza

Kuala Lumpur: Penyanyi popular, Ramlah Ram, 56, belum terbuka hati untuk menerima tawaran menyertai program realiti popular, Gegar Vaganza (GV). Ramlah berkata, dia bukan menolak...