Jauhi ‘politik sate’ rugikan UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jangan dibiarkan politik ‘sate’ meracuni perjuangan di dalam UMNO,” pesan Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim.

Jelas beliau sebagai ahli UMNO semua perlu elakkan politik ‘sate’ ini kerana kipas-mengipas dan politik menikam sesama sendiri tidak akan ke mana malah parti serta akar umbi yang sayangkan parti akan menjadi kepada mangsa keadaan tersebut.

Kata Norshida apa yang paling penting dan paksi kepada perjuangan hari ini adalah perpaduan melayu.

Menurutnya, ia sekali lagi ditekankan kuncinya agar parti melayu keramat ini terus bersemangat waja, kekal utuh dalam muafakat yang dibina secara berhemah sejak sekian lama.

“Jauhilah dan elakkan fitnah, iri hati, hasad dengki dan cemburu buta sesama sendiri apatah lagi masing-masing menimbulkan syak dan wasangka antara satu dengan yang lain kerana ianya bukan sahaja akan memudaratkan perpaduan sesama sendiri malah boleh menjadi barah dan nanah kepada institusi parti umno yang kita sayangi ini.

“Jangan dibiarkan politik ‘sate’ meracuni perjuangan di dalam parti dan kita masing-masing perlu elakkan politik ‘sate’ ini kerana kipas-mengipas dan politik menikam sesama sendiri tidak akan ke mana malah parti serta akar umbi yang sayangkan parti akan menjadi kepada mangsa keadaan tersebut.

“Membina perpaduan dan meletakkan permuafakatan sesama sendiri sesungguhnya satu perkara yang bukan mudah namun apabila salah percaturan dan istiqamah perjuangan ianya boleh menghancur masa depan parti,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Norshida menyeru kepada Wanita UMNO seluruh negara, inilah masa dan inilah platform untuk sama-sama menggengam erat tali persaudaraan ukhwah dan tali permuafakatan kerana di depan banyak cabaran yang bakal mendatang.

“Sekali lagi saya ingin memberi penekanan jauhilah syak wasangka, jauhilah budaya adu domba, iri hati, hasad dengki, cemburu buta antara satu sama lain kerana umumnya terdapat pihak-pihak lain di luar sana yang inigin melihat kita berpecah dan kapal yang sedang berlayar terhenti dan karam di tengah lautan.

“Marilah kita sama-sama mendayung kapal yang sedang belayar ini sampai menuju ke destinasi kejayaan yang gemilang. Janganlah kita mudah terperangkap dengan mainan-mainan politik ‘politik sate’ kerana natijahnya tidak akan ke mana,” ujar beliau.

Kata Norshida, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini bukan sahaja satu pengalaman baru kepada seluruh ahli parti malah satu perkara yang cukup penting untuk masa depan parti yang merangkumi sokongan pendokong, penyokong serta seluruh pimpinan pelbagai peringkat akar umbi.

” Ia merupakan perhimpunan bersejarah yang akan berlangsung untuk melihat serta memperkemaskan formula terbaik untuk parti melangkah dengan lebih perkasa ke depan.

“Tentunya norma baharu yang diaplikasikan pada perhimpunan kali ini bukanlah satu halangan kepada pimpinan untuk sama-sama membangkitkan semangat yang tinggi dan jitu di kalangan pejuang-pejuang parti, malah satu platform terbaik dalam merungkai segala formula dan keluh kesah akar umbi untuk mendepani cabaran dan gelombang yang tentunya akan berada di masa hadapan,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat