Bangkai ikan paus terdampar di Sungai Miang

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PEKAN – Jabatan Perikanan Negeri Pahang (PPN Pahang) telah menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan bangkai seekor ikan paus yang terdampar di Pantai Sungai Miang, dekat sini.

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dalam kenyataannya berkata, bertindak atas maklumat tersebut, PPN Pahang bersama Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Rantau Abang (RA), Terengganu telah turun ke lokasi untuk meninjau keadaan bangkai berkenaan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati bangkai ikan paus tersebut telah lama mereput, menyebabkan kesukaran dalam proses pengecaman spesies, ”kata kenyataan itu pada Isnin.

“Pasukan IPPRA akan mengambil sampel bagi menjalankan analisis eDNA untuk menentukan spesies dengan lebih tepat dan berdasarkan keadaan bangkai, spesies yang dianggarkan adalah Bryde atau Fin.

“Pihak DOF ingin merakamkan penghargaan kepada orang awam yang telah menyalurkan maklumat mengenai penemuan ini.

“Kerjasama sebegini amat penting dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan marin di perairan negara,”katanya.

“Untuk makluman, di bawah Akta Perikanan 1985, spesies paus akan dilindungi di bawah peruntukan berkaitan spesies marin terancam.

“Sebarang gangguan atau eksploitasi terhadap paus adalah dilarang dan boleh dikenakan tindakan undang-undang,”katanya lagi.

“DOF akan terus memantau situasi ini dan akan mengambil tindakan lanjut sekiranya diperlukan, ”ujarnya. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat