“Kami rela jadi kebudak-budakan berbanding orang tua hidup menjilat” – Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh membalas kritikan keras bekas duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) Datuk Seri Nazri Aziz dengan mengatakan lebih rela menjadi kebudak-budakan berbanding orang tua yang hidup dengan menjilat demi kepentingan diri.

Beliau malah menyanggah lantikannya sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka bukan dengan cara menjilat pemimpin atasan seperti didakwa Nazri.

“Bila kita jawab, dia kata kita kebudak-budakan pula.

“Tidak mengapalah,kami lebih rela jadi kebudakan dari jadi orang tua yang hidup dengan menjilat demi kepentingan diri.

“Oh ya, Datuk Seri buat kenyataan beritahu bahawa Datuk Seri menjilat untuk keuntungan saya dapat jadi Exco kerajaan negeri. Tapi saya nak beritahu Datuk Seri,saya jadi Exco disebabkan dipilih oleh rakyat dan masa ketika itu pun Datuk Seri langsung tidak membantu apa lagi datang tolong berkempen.

“Jadi saya diangkat oleh rakyat, bukan diangkat dengan cara menjilat pemimpin,” bidas Akmal.

Beliau malah menyeru bekas ahli Parlimen Padang Rengas itu supaya teruskan menjilat.

“Maka saya nak perbetulkan ayat Datuk Seri, bahawa Datuk Seri menjilat sebenarnya untuk keuntungan peribadi bukan untuk orang lain.

“Dan satu lagi, jawapan Datuk Seri ni,jika orang muda panggil jawapan ‘koyak’.

“Teruskan menjilat! kata Akmal.

Sebelum itu, bekas duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) Nazri Aziz membidas Akmal sebagai kebudak-budakan dan mempunyai mentaliti rendah.

Nazri berkata demikian bagi menjawab kritikan keras Akmal yang menyifatkannya sebagai “penjilat” selepas menyifatkan tiada siapa yang layak menjadi Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada.

Nazri bagaimanapun berkata jika benar dia “menjilat”, Umno yang akan mendapat faedah, termasuk Akmal sendiri sebagai exco kerajaan Melaka.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat