Dua Anak Syarikat Tabung Haji di UK Catat Kerugian RM465.18 Juta Tahun 2023

- Advertisement -

Cyberjaya – Dua anak syarikat pelaburan milik Lembaga Tabung Haji (LTH) yang berpangkalan di United Kingdom mencatatkan kerugian terkumpul sebanyak RM465.18 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (FY2023), menurut Laporan Ketua Audit Negara.

Laporan yang dikeluarkan pada Isnin itu menunjukkan bahawa LTH Property Holdings 2 Ltd (LTHP2) mengalami kerugian sebanyak RM186.75 juta, manakala LTH Property Holdings 3 Ltd (LTHP3) mencatatkan kerugian RM278.43 juta.

Kerugian tersebut berpunca daripada penurunan nilai hartanah pelaburan yang dipengaruhi oleh kadar faedah semasa serta inflasi di UK.

Ini menjadikan kedua-dua syarikat itu mengalami kerugian selama tiga tahun berturut-turut. Pada FY2022, LTHP2 merekodkan kerugian sebanyak RM42.56 juta, manakala LTHP3 rugi RM54.99 juta. Pada FY2021, LTHP2 mencatatkan kerugian RM22.11 juta, manakala LTHP3 mengalami kerugian kecil sebanyak RM14,000.

Secara keseluruhan, daripada 217 anak syarikat agensi kerajaan persekutuan, sebanyak 131 syarikat mencatat keuntungan berjumlah RM4.09 bilion pada FY2023. Bagaimanapun, 86 syarikat lain mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM2.81 bilion.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat