Gempa Bumi di Lembah Klang?

- Advertisement -

Cyberjaya – Beberapa kawasan sekitar Lembah Klang dilaporkan ada menerima gegaran sekitar beberapa saat yang menggoncang bangunan pejabat dan kediaman di beberapa kawasan tertentu.

Walaupun belum ada pengesahan rasmi Jabatan Metreologi, twitter EMSC @LastQuake, sebuah badan bukan kerajaan yang berpusat di Perancis, turut memberi gambaran bahawa ada gegaran agak signifikan berlaku di Malaysia sebentar tadi.

Para pekerja di beberapa bangunan tinggi sekitar Lembah Klang, termasuk Kakitangan di bangunan kerajaan di Putrajaya turut mengosongkan bangunan sebaik gegaran dirasai.

Gegaran yang dirasai pagi ini dipercayai berpunca daripada gempa bumi yang berlaku di Paya Kumbuh dan Bukit Tinggi Sumatera, Indonesia yang terletak kira-kira 70KM dari Malaysia.

Pihak berkuasa Indonesia melaporkan gempa bumi tersebut berukuran 6.2 magnitud menggegarkan wilayah barat Sumatera Utara, Indonesia, hari ini, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat