Johor boleh guna ‘template’ PRN Melaka untuk raih kemenangan – Mahdzir Khalid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) boleh memanfaatkan pendekatan dan ‘template’ sama yang diguna pakai seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka untuk mencapai kejayaan sama di Johor,” kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Kemenangan besar BN di Melaka boleh dijadikan contoh terbaik untuk dipraktikkan di Johor,” kata Mahdzir.

“(PRN Melaka) template yang boleh digunakan. Berdasarkan (kejayaan) di Melaka itu nampaknya (boleh),” katanya memetik Malaysiakini di Kelantan pada Selasa.

Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan PRN Johor pada sidang media selepas melakukan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu BN Johor menyatakan cadangan bertanding tanpa kerjasama parti lain di luar gabungan itu kerana yakin menang dua pertiga daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN tersebut.

Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata namun keputusan itu tertakluk kepada pucuk pimpinan tertinggi parti di peringkat pusat.

Sebagai rekod BN berjaya mentadbir kerajaan negeri selepas memenangi dua per tiga majoriti majoriti pada PRN Melaka baru-baru ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat