Kes Baru Covid-19 Bawah Angka 4,000 Lima Hari Berturut-Turut – KP Kesihatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kes baharu COVID-19 kekal merekodkan angka di bawah 4,000 bagi lima hari berturut-turut apabila mencatat 3,528 kes hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kali terakhir negara merekodkan jumlah melebihi 4,000 kes ialah pada 18 Dis lepas dengan 4,083 kes.

Dengan perkembangan ini, Dr Noor Hisham berkata jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini ialah 2,735,241.

“Dari keseluruhan jumlah kes hari ini, 3,425 ialah melibatkan kes tempatan, manakala 103 kes lagi merupakan kes import.

“3,462 kes atau 98.1 peratus adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2, manakala baki 66 kes atau 1.9 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Memperincikan lanjut, Dr Noor Hisham berkata kes sembuh mencatatkan 4,489 kes menjadikan kumulatif pulih ialah 2,657,074 kes.

Sementara, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 261 kes dengan 117 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Empat lagi kluster dikesan menjadikan 229 kluster masih aktif setakat ini,” katanya.

Memaklumkan perkembangan banjir, sehingga 3 petang hari ini terdapat 405 kes COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir, namun tiada sebarang kes yang dikesan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 324 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir.

“Ia melibatkan Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI) sebanyak 148 kes, penyakit kulit (93), Acute Gastroenteritis (AGE) (75) dan konjunktivitis, lapan kes,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat