Lim Ting Khai Tekankan Isu Perumahan & Anak Muda di N68 Apas

TAWAU: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN N68 Apas, Lim Ting Khai, menjadikan isu perumahan dan masa depan anak muda sebagai dua fokus utama kempen beliau dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Beliau berkata demikian ketika tampil dalam podcast Suara TV sempena PRN Sabah, yang menampilkan calon-calon bertanding dari pelbagai kawasan di negeri ini.

Menurut Lim, masalah rakyat yang tidak mampu memiliki rumah semakin membimbangkan, terutamanya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah dan komuniti setinggan.

“Bukan semua orang tak mampu beli rumah, ada yang memang langsung tak ada rumah. Ini yang kerajaan dan wakil rakyat perlu beri perhatian serius,” katanya.

Selain itu, Lim berkata ramai anak muda di Apas masih berdepan kekurangan halatuju dan peluang ekonomi. Beliau mencadangkan lebih banyak bantuan keusahawanan, bimbingan serta sokongan kepada belia supaya mereka boleh berdikari dan membina masa depan sendiri.

Dalam masa sama, Lim yang berdepan persaingan enam penjuru di Apas menyifatkan kedudukannya sebagai calon bukan Islam bukan satu kelemahan, sebaliknya mencerminkan keharmonian masyarakat Sabah yang berbilang kaum dan agama.

Beliau turut menyeru pengundi agar memilih pemimpin yang berintegriti, jujur dan benar-benar bekerja untuk menyelesaikan masalah rakyat.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat