PBRS akur keputusan kepimpinan BN

- Advertisement -

CYBERJAYA: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) akur dengan segala keputusan yang dibuat kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan baharu demi kestabilan dan kebaikan negara.

Timbalan Presidennya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, PBRS dan BN sentiasa memperjuangkan keperluan untuk mengembalikan kestabilan negara dan tidak akan membiarkan kemelut politik ini berlarutan kerana ia satu sikap yang tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu, BN terpaksa membuat keputusan untuk bekerjasama dengan satu pihak supaya kerajaan baharu dapat diwujudkan dan kerajaan dapat terus berfungsi.

“Sebagai parti yang sentiasa mengutamakan rakyat, PBRS akur dengan keputusan yang dibuat bersama oleh kepimpinan BN untuk mewujudkan kerajaan baharu demi kestabilan dan kebaikan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam ketika dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Seri Paduka menitahkan agar BN menyokong pembentukan kerajaan perpaduan.

Langkah itu ekoran apabila tiada parti meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan pusat pasca PRU-15.

Semalam, mesyuarat MT UMNO memutuskan yang menyokong kerajaan perpaduan tanpa melibatkan Perikatan Nasional (PN).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat