Ismail Sabri Ucap Tahniah Atas Pelantikan Anwar Sebagai PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri yang baharu, hari ini.

Ismail yang juga Naib Presiden UMNO turut merafakkan setinggi penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah yang telah memperkenankan pelantikan itu.

“Saya mendoakan Kerajaan baharu ini dapat meneruskan kestabilan politik serta mengekalkan kemampanan ekonomi negara,” katanya, menerusi satu kenyataan media hari ini.

Dalam kenyataan sama, Ismail turut merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh Keluarga Malaysia dan keluarga penjawat awam, terutama petugas barisan hadapan yang telah bersama-sama beliau selama ini.

“Saya amat menghargai sokongan Keluarga Malaysia dalam membantu pentadbiran saya, dalam mendepani cabaran dan memastikan Malaysia terus berada di landasan pemulihan kesihatan, politik dan ekonomi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat