Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Tamat, Konvoi Kenderaan Mula Beredar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja berhubung pembentukan kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) difahamkan telah tamat.

Kenderaan pertama yang menyelusur keluar dari Istana Negara difahamkan milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada pukul 11.57 pagi diikuti kenderaan milik Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Awal pagi ini, Istana Negara di Kuala Lumpur sekali lagi menjadi tumpuan apabila Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu diadakan disebabkan Parlimen tergantung, Sabtu lepas.

Perbincangan dijadual bermula 11 pagi antara lain bertujuan mendapatkan pandangan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bagi membantu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuat keputusan berhubung pembentukan kerajaan baharu.

Konvoi kenderaan dari istana negeri mula memasuki perkarangan Istana Negara melalui Pintu 1 seawal 9.40 pagi ini.

Keputusan PRU-15 Sabtu lepas menyaksikan Parlimen tergantung apabila tiada mana-mana gabungan parti politik berjaya mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Pada PRU itu, Pakatan Harapan memperoleh 82 kerusi, Perikatan Nasional (73), Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Bebas (dua) dan Parti Bangsa Malaysia serta Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu kerusi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat