Guan Eng Minta Maaf Kepada Abang Jo, GPS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selepas Anthony Loke membuat permohonan maaf secara terbuka, kali ini giliran Pengerusi DAP, Lim Guan Eng pula tampil memohon maaf kepada Premier dan kerana negeri Sarawak.

Permohonan maaf itu dibuat atas kapasiti bekas Menteri Kewangan sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Saya memohon maaf sekiranya sebarang kenyataan saya telah menyinggung Premier Sarawak dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Masa depan negara mendahului segala-galanya. Kita sama-sama mengorak permulaan baru untuk berganding bahu demi memelihara kemajmukan, keterangkuman serta perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan budaya dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan demi kebaikan semua di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak,” ujar Guan Eng dalam kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini Guan Eng didakwa sombong dan angkuh apabila membuat kenyataan mahu Sarawak membayar hutang terlebih dahulu sebelum memberi peruntukan pembaikan sekolah daif di Sarawak.

Guan Eng juga didakwa selalu sangat mengeluarkan kenyataan bodoh seperti mana sebelum ini pernah mengata Sarawak akan bankrap.

Bahkan sebelum ini juga pernah timbul andaian liar yang mengatakan Sarawak akan ‘mati’ kerana kerajaan persekutuan di bawah pentadbiran PH.

Ini susulan pembentukan Kerajaan Perpaduan yang mungkin bakal ditubuhkan membabitkan PH, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat