Cuma Kluster Menteri Bangkang Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno tidak mempunyai masalah dalaman parti seperti didakwa sebaliknya hanya wujud kluster menteri yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Kelab Penyokong Presiden Umno, Datuk Dr Ramalan Yunus berkata, Umno secara majoritinya menyokong sepenuhnya titah Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

“Dalam Umno tak ada masalah, cuma ada segelintir pemimpin yang nak sokong Muhyiddin. Cuma kluster menteri yang menentang.

“Umno sedang mengusahakan Kerajaan Perpaduan seperti titah Yang di-Pertuan Agong, nak bangkang apa lagi? Katanya ketika sidang media di WTC, Kuala Lumpur pada Khamis.

Ramalan juga mendakwa berjuta ahli Umno menyokong Zahid namun hanya sebilangan kecil yang menentang.

Pada sidang media itu hadir sama puluhan ahli kumpulan penyokong Presiden yang turut sama bersolidariti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat