Sultan Johor Zahir Ucapan Tahniah Kepada Anwar

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10.

Ucapan tahniah itu dizahirkan menerusi poster yang dimuat naik di Facebook rasmi baginda ‘Sultan Ibrahim Sultan Iskandar’ sebentar tadi.

Turut menzahirkan tahniah ialah anakanda baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, juga di laman Facebook rasmi baginda.

Ucapan berkenaan turut dizahirkan menerusi poster Ahli Parlimen Tambun di Facebook ‘HRH Crown Prince of Johor’.

Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di Istana Negara, Kuala Lumpur, petang tadi.

Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat