Hishammuddin Nafi Laporan Media Ditawarkan Jawatan PM ke-10

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sembrong, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien menafikan sebuah laporan media ditawarkan jawatan Perdana Menteri ke-10.

Tegasnya, dakwaan ini tidak benar sama sekali.

Terdahulu, Sinar Harian dalam laporannya melaporkan Perikatan Nasional (PN) menyokong Bendahari Agung BN, Dato’ Seri Hishammuddin dilantik ke jawatan Perdana Menteri.

”Ramai menyebarkan artikel ini – saya ingin mengesahkan bahawa dakwaan ini tidak benar sama sekali.

”Saya tidak sesekali terlibat dalam sebarang rundingan, sama ada dengan Perikatan Nasional, mahupun Pakatan Harapan.

”Saya juga tidak pernah ditawarkan apa-apa jawatan. Jika pihak Sinar Harian tidak menarik semula artikel ini dengan serta merta, saya akan mengambil tindakan undang-undang.” Katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat