Umno sokong Kerajaan Perpaduan tanpa PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memutuskan untuk mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional (PN).

Secara tidak langsung, Umno memilih Pakatan Harapan (PH) untuk menjadi parti teraju dalam gabungan Kerajaan Perpaduan seperti titah Yang di-Pertuan Agong.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan, MKT mengambil maklum dan memperhalusi segala butiran kedua-dua perbincangan yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Perundingan Barisan Nasional (BN) dan PH dan PN.

“MKT sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Barisan Nasional (BN) menyokong dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional bagi memastikan sebuah Kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk,” katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam tadi.

“MKT juga bersetuju semua wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mematuhi dan menerima sebarang bentuk Kerajaan Perpaduan atau lain-lain bentuk Kerajaan yang bakal dimasyhurkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“MKT memperkukuhkan sokongan terhadap Zahid, Presiden Umno, untuk terus kekal menerajui sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan sebulat suara menyokong beliau sebagai Presiden Umno Malaysia.

“Dimaklumkan juga bahawa Perhimpunan Agung UMNO untuk tahun 2022 ini lalah pada 21 hingga 24 Disember 2022,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat