Ahli Parlimen Bebas Buat Keputusan Tanpa Kongkongan Parti – Wan Junaidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tidak salah dari segi Perlembagaan untuk seseorang Ahli Parlimen menyatakan sokongannya kepada Ahli Parlimen dari parti lain, menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Katanya, seseorang wakil rakyat itu bebas untuk membuat keputusan sendiri tanpa dikongkong partinya.

Pada masa sama, jelas beliau, seandainya keputusan yang dibuat menyebabkan beliau dipecat daripada partinya, itu tidak menyebabkan beliau hilang kedudukan sebagai Ahli Parlimen.

“Dari dahulu lagi, Edmund Burke (ahli politik British kurun ke-18) menulis bahawa seorang Ahli Parlimen bebas melaksanakan apa-apa walaupun bertentangan dengan kehendak konstituennya.

“Begitu juga ketua partinya, tidak boleh mengongkong sangat,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Maklum Wan Junaidi, perkara tersebut tertakluk dalam Akta Antilompat Parti yang dibentuk dengan acuan kita sendiri tanpa terikat kepada apa yang dibuat di Singapura, India dan England.

Ia dilihat seakan satu kelompongan dalam undang-undang, namun jelas beliau ia sengaja dibuat untuk memberi kebebasan kepada wakil rakyat untuk membuat keputusan berlandaskan Perlembagaan atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen dan bukan sebagai ahli parti.

“Itulah kenapanya dalam undang-undang yang kita buat itu, (misal kata) kalau saya adalah parti yang hendak menubuhkan kerajaan, seseorang dari parti lain nak sokong saya dengan tidak berpindah parti, beliau tak akan kehilangan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Sumber: Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat