DAP Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Sarawak Dan Rakyatnya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – DAP membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sarawak.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke hari ini mengunjungi Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memohon maaf sekiranya terdapat sebarang tindakan dan kata-kata yang
pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak.

“Pada pagi ini, saya telah membuat kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di kediaman beliau di Kuching. Turut hadir bersama ialah Timbalan Premier Sarawak, Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

“Kami telah mengadakan perbincangan secara mesra. Saya telah memaklumkan kepada Premier bahawa sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili pihak DAP untuk memohon maaf secara terbuka.

“Saya berharap pertemuan hari ini akan membuka satu lembaran baru untuk membina persefahaman dan kerjasama demi negara Malaysia yang lebih maju dan progresif,” kata Anthony dalam kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini Menteri Kewangan, Lim Guan Eng didakwa sombong dan angkuh apabila membuat kenyataan mahu Sarawak membayar hutang terlebih dahulu sebelum memberi peruntukan pembaikan sekolah daif di Sarawak.

Guan Eng juga didakwa selalu sangat mengeluarkan kenyataan bodoh seperti mana sebelum ini pernah mengata Sarawak akan bankrap.

Bahkan sebelum ini juga pernah timbul andaian liar yang mengatakan Sarawak akan ‘mati’ kerana kerajaan persekutuan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Ini susulan pembentukan Kerajaan Perpaduan yang mungkin bakal ditubuhkan membabitkan PH, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat