Pentadbiran Trump (Akhirnya) Memulakan Proses Peralihan Kuasa

- Advertisement -

WASHINGTON: GSA (Pentadbiran Perkhidmatan Awam Amerika Syarikat), telah memaklumkan bakal Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bahawa pentadbiran Trump bersedia untuk memulakan proses peralihan kuasa secara rasmi, menurut surat dari Pentadbir Emily Murphy yang dihantar pada hari Isnin petang dan diperoleh oleh CNN.

Surat itu adalah langkah pertama yang diambil kerajaan untuk mengakui kekalahan Presiden Donald Trump, lebih dua minggu setelah Biden diisytiharkan sebagai pemenang dalam pilihan raya Presiden negara tersebut.

Murphy berkata, beliau tidak ditekan oleh Rumah Putih untuk menunda peralihan kuasa secara rasmi dan tidak membuat keputusan atas dasar “takut atau pilih kasih.”

“Perlu diketahui bahawa saya membuat keputusan secara bebas, berdasarkan undang-undang dan fakta yang ada,” tulis Murphy. “Saya tidak pernah ditekan secara langsung atau tidak langsung oleh mana-mana pegawai dalam cabang Eksekutif – termasuk mereka yang bekerja di Rumah Putih atau GSA – berkenaan dengan sebarang keputusan saya. Yang jelas, saya tidak mendapat arahan untuk menunda keazaman saya (untuk memulakan peralihan secara rasmi). ”

Langkah ini membolehkan peralihan kuasa dimulakan secara rasmi, yang membenarkan pegawai agensi pentadbiran sekarang untuk mengadakan koordinasi dengan pasukan Biden yang akan mengambil alih, serta membolehkan dana kerajaan berjumlah berjuta-juta dollar untuk digunakan bagi tujuan peralihan tersebut.

Pasukan Biden bagananapun tidak menunggu proses peralihan kuasa secara rasmi untuk memulakan persiapan menjadi presiden, setelah beliau mengumumkan pemilihan beberapa orang anggota Kabinetnya semalam.

Tetapi kelewatan peralihan kuasa secara rasmi ini telah menyebabkan pasukan Biden tidak dapat mengakses data kerajaan, tidak dapat melakukan hubungan dengan agensi persekutuan, dan juga tidak dapat menggunakan sejumlah USD 6.3 juta dana kerajaan yang diperuntukkan untuk tujuan peralihan kuasa.

Seorang pegawai Biden berkata, keperluan yang paling mendesak sekarang adalah pasukan peralihan diberi akses kepada data Covid-19 dan rancangan pengedaran vaksin Covid-19 – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat