Pendapatan, Untung MRCB Menurun

- Advertisement -

PENDAPATAN Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) turun 20 peratus kepada RM297.6 juta manakala keuntungan sebelum cukainya susut 47 peratus kepada RM7.6 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2020 berbanding suku sama tahun lalu.

Pendapatan dan keuntungan yang rendah itu disebabkan pembinaan pembangunan Carnegie 1060 di Melbourne yang lebih perlahan.

MRCB berkata, pembinaan Carnegie 1060 terganggu apabila pihak berkuasa Victoria, Australia melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) dan kawalan pergerakan.

Bagi tempoh sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2020, kumpulan merekodkan pendapatan RM890.6 juta dan kerugian sebelum cukai RM187.5 juta, sebahagian besarnya disebabkan penularan pandemik pada suku kedua 2020.

Bahagian Pembangunan Harta Tanah dan Pelaburan merekodkan peningkatan pendapatan 32 peratus kepada RM489.4 juta dan penurunan keuntungan operasi 51 peratus kepada RM34.3 juta dalam sembilan bulan pertama 2020 berbanding RM371.4 juta dan RM69.8 juta masing-masing pada tempoh sama tahun lalu.

“Peningkatan itu disebabkan terutama oleh pengiktirafan pendapatan pembangunan Carnegie 1060 di Melbourne yang mula diiktiraf setelah penyerahan unit kepada pembeli dibuat selain kemajuan pembinaan dan pengiktirafan pendapatan selanjutnya daripada pembangunan Sentral Suites di KL Sentral.

“Penurunan keuntungan operasi pula disebabkan oleh kadar yang lebih perlahan pembinaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan serta pelupusan sekali keuntungan sebanyak RM58.8 juta yang dicatatkan pada tempoh sama 2019.

“Bahagian berkenaan menjual hartanah bernilai RM126.0 juta dalam suku ketiga dan mencatatkan jualan hartanah belum dibil berjumlah RM1.2 bilion,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara itu, Bahagian Kejuruteraan, Pembinaan dan Alam Sekitar mencatatkan pendapatan sebanyak RM363.2 juta yang disumbangkan terutama oleh Pakej Lebuhraya Bertingkat Damansara Shah Alam CB2, Ibu Pejabat KWSP di Kwasa Sentral, Pakej Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang CA2 dan Pakej Laluan Aliran Transit Massa 2.

Kerugian operasi dalam tempoh dikaji juga sebanyak RM198.7 juta, disebabkan peruntukan penurunan nilai yang pada suku kedua sebanyak RM197.4 juta.

Projek LRT3 yang dimiliki 50 peratus oleh kumpulan menyumbang keuntungan selepas cukai sebanyak RM1.6 juta berbanding RM1.24 juta suku sama 2019 – MyMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,575FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat