COVID-19 beri peluang kepada perniagaan untuk pengaruhi rantaian nilai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 memberikan peluang kepada perniagaan untuk melaksanakan inisiatif mempengaruhi rantaian nilai bagi memperoleh sumber secara bertanggungjawab selain menangani isu alam sekitar, dalam usaha mencapai pertumbuhan hijau dan mengekalkan pembangunan, menurut kenyataan bersama dua pihak.

Menurut Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Global Compact Network Malaysia (GCMY), perkara itu menjadi antara penekanan persidangan perdana ASEAN, Sidang Kemuncak Maya Kemampanan Korporat 2020 – Go ESG ASEAN yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Persidangan dua hari yang bermula semalam  melibatkan pegawai kanan kerajaan, pemimpin Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), ketua-ketua perniagaan serta pemimpin masyarakat itu mengetengahkan tema “The Businesses of Recovering Better – A Resilient & Sustainable ASEAN by Design”.

Selain itu, menurut kedua-dua pihak, persidangan berkenaan menjadi platform untuk semua pihak  berkepentingan memikirkan semula dan menyusun kembali kaedah perniagaan dengan beralih kepada model perniagaan baharu dan inovatif serta beroperasi ke arah membangunkan semula masa depan lebih baik dan mampan.

Menerusi kenyataan tersebut, Wan Junaidi berkata selain pembangunan lestari, dalam mempromosikan lagi agenda alam sekitar negara ini, yang terkandung dalam Perjanjian Paris 2015, Malaysia telah meratifikasikan perjanjian itu pada April 2016.

Menurut kementerian dan GCMY, sebanyak 188 daripada 197 negara telah meratifikasikan Perjanjian Paris yang menggesa usaha untuk mengehadkan Kenaikan Suhu Min Dunia kepada bawah dua darjah Celsius.

Sehingga kini, Malaysia telah mencapai pengurangan 33 peratus intensiti pelepasan karbon daripada Keluaran Dalam Negara Kasar berbanding paras pada 2005, menurut mereka.

Justeru, Malaysia komited untuk mengurangkan intensiti pelepasan karbon sebanyak 45 peratus menjeiang 2030, menurut kedua-dua pihak.

Wan Junaidi menekankan komitmen itu hanya boleh dicapai menerusi penglibatan pelbagai pihak berkepentingan.

Sementara itu, menurut kedua-dua pihak, dalam melangkah ke hadapan, ia yakin Malaysia harus memulakan Laporan Audit Jejak Karbon perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang bermanfaat untuk mengesan sumber dan mencari langkah mitigasi untuk menyelesaikan pelepasan karbon di bawah Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

Pengarah Eksekutif Global Compact Network Malaysia dan Brunei — rangkaian tempatan untuk Global Compact PBB — Faroze Nadar berkata PKS yang merangkumi hampir 98 peratus daripada jumlah perniagaan di Malaysia, menbentuk bahagian utama rantaian bekalan dan berpotensi memberi impak ketara kepada kelestarian.

“Bagi membantu PKS mengambil berat mengenai kelestarian dengan cara yang lebih sesuai untuk perniagaan kecil, kami telah mewujudkan sumber dalam talian — SME-SDG Toolkit. Akses adalah percuma daripada penaja kami, Sarawak Energy Bhd,” katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat