KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) hari ini bersetuju untuk mengekalkan garis panduan serta amalan sedia ada berhubung penganjuran program dan penyaluran sumbangan kepada sekolah.
Kementerian Pendidikan berkata, ini adalah selaras dengan keputusan MJM pada 24 Julai 2024.
“Pada masa sama, Jemaah Menteri turut menegaskan bahawa amalan sedia ada di dewan sekolah yang dikendalikan oleh Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) serta dewan-dewan sekolah swasta adalah tidak terjejas.
“Pendekatan ini adalah selaras dengan amalan yang telah diterima dan dilaksanakan oleh pentadbiran-pentadbiran terdahulu, termasuk kerajaan sebelum ini,” kata KPM menurut kenyataan pada Jumaat.



