PRU-15: PAS yakin rampas Parlimen Pokok Sena

- Advertisement -

POKOK SENA: Senario Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada kali ini dilihat telah berubah malah kekuatan Pas juga meningkat setelah memilih untuk bersama Perikatan Nasional (PN) berbanding PRU14.

Yang Dipertua Pas Kawasan Pokok Sena, Datuk Wan Romaini Wan Salim, menyuarakan keyakinan parti itu dapat merampas kembali kerusi Parlimen Pokok Sena daripada Parti Amanah Negara (Amanah).

Wan Romaini yang juga Exco Negeri Kedah berkata, Parlimen Pokok Sena sebelum ini adalah kerusi tradisi yang dimenangi oleh Pas dan bukannya milik calon yang lompat parti.

Kerusi parlimen tersebut disandang oleh Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar, selama dua penggal.

“Saya berkeyakinan dan optimis Pas akan bertanding dan Pas akan merampas semula Parlimen Pokok Sena dan calon-calon itu kita sudah kenal pasti yang ketokohannya lebih hebat daripada Datuk Mahfuz.

“Kita juga buat masa sekarang ini majoriti di Bukit Lada dan Bukit Pinang, kita sudah menang dan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga pun majoriti 60 peratus Melayu dengan situasi yang ada itu saya berkeyakinan Parlimen Pokok Sena Pas akan memgambil alih,” katanya.

Wan Romani berkata demikian ketika ditanya dalam ceramah Pas di Permatang Bonglai, malam tadi.

Ditanya sama ada bekas pemain bola sepak Kedah, Radhi Mat Din akan kembali dicalonkan semula oleh Pas untuk bertanding di Parlimen Pokok Sena pada PRU15, Wan Romaini menjelaskan perkara tersebut bakal diputuskan di peringkat kepimpinan pusat.

“Radhi Mad Din pun tidak kurang hebatnya sebab dia pun seorang yang berpengaruh dengan suasana majoriti yang ada pengaruh anak muda pengundi 18 tahun ini.

“Kita letak Radhi pun memang orang yang terkenal dan pengaruh anak muda insyaAllah. Kita serah kepada kepimpinan untuk pilih tokoh yang akan mewakili Pas bertanding di Parlimen Pokok Sena,” katanya.

Pada PRU14, Mahfuz menang dengan majoriti 5,558 undi selepas memperoleh 28,959 undi untuk menewaskan Radhi (23,401 undi) dan Datuk Said Ali Syed Rastan (18,390 undi) dari Barisan Nasional.

– ASTRO AWANI

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,478FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat