PM ucap takziah atas pemergian ibu Dr Wan Azizah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan takziah kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail dan keluarga atas pemergian bonda tercintanya.

“Bagi pihak Keluarga Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada Dato’ Seri Wan Azizah dan keluarga atas pemergian bonda tercinta, Datin Hajah Mariah Khamis.

“Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.” doa Ismail Sabri menerusi Facebooknya, pada Isnin.

Terdahulu, Ibu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datin Mariah Khamis meninggal dunia awal pagi tadi.

May be an image of 3 people, people sitting, headscarf and indoor

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesahkan perkara berkenaan berkata solat jenazah ibu mentuanya itu dijadualkan pada 11.30 pagi ini di Masjid Al-Mustaqim, Ampang.

“Saya memohon maaf kepada seluruh pimpinan Harapan Sarawak serta para pendukung kerana terpaksa membatalkan jelajah ke Miri dan Kuching yang dijadualkan hari ini. Kita ketemu lagi di lain waktu, InsyaAllah,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat