Deepavali: Semoga Kita Dapat Terus Kukuhkan Perpaduan Keluarga Malaysia – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada semua penganut Hindu di Malaysia dan berharap perayaannya tahun ini membawa makna kepada semua.

“Semoga pesta cahaya tahun ini menjadi perayaan yang bermakna buat semua, diraikan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan bersama ahli keluarga, sanak saudara serta rakan taulan.

“Memaknai semangat Keluarga Malaysia pada sambutan Deepavali tahun ini, marilah kita meraikan persamaan dan mengenepikan perbezaan demi menjamin kestabilan serta kemakmuran negara.

“Berpaksikan nilai-nilai Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran, semoga kita dapat terus mengukuhkan perpaduan Keluarga Malaysia yang merentasi bangsa, agama dan budaya,” katanya, menerusi satu kenyataan malam tadi.

Perdana Menteri turut berharap, budaya kunjung-mengunjung dan rumah terbuka pada pesta cahaya akan dapat mengukuhkan persaudaraan dalam semangat Keluarga Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat